Friday, December 3, 2010

1 Hijrah...!!1 Kehidupan...!!1 Destinasi..!!

Salam 1 Penghijrahan...Dimanakah kedudukan kita pada hari hari?Adakah sudah berada pada landasan yang diimpikan atau hanya sekadar bersyukur dengan apa yang kita ada?Sekali lagi... kita diberi akal untuk berfikir,bertindak dan dituntut untuk mengapai impian dan hajat yang mungkin mengunung setinggi MOUNT EVEREST..waduh sungguh tinggi impian itu..namun adakah kita mampu mendaki puncak tersebut atau hanya sekadar dibibir sahaja @ angan-angan yang hanya dibilik tidur semata-mata...!!

Bagaimana pula dengan jiwa kita..?apakah kita sudah sediada berubah atau hanya berubah pada fizikalnya sahaja?Ramai dikalangan kita berlumba-lumba ingin berubah...apa-apa saja keinginan, kemahuan, kehendak atau ikut zaman..maklumlah zaman dah berubah maka kata ikut berubahlah!!Waimanya, secara spiritualnya adakah kita benar-benar berubah dari segi keseluruhannya??kalau sekadar dari pakai baju siaz 'L' ke saiz 'M' atau 'S'...mungkin ramai yang mampu buat!!tapi itu pun berubah jugak..tak salah tapi tak cukuplah!!PENGHIJRAHAN...MAAL HIJRAH..1432H.Lontarkan komen-komen anda..berikan tip-tip yang mungkin bernilai dan boleh kita ambil ikhtibar mahupun panduan..berkongsi maklumat melalui blog saya ini dan mungkin berguna untuk kita praktikkan bersama..insyallah..semoga usaha dan matlamat kita ini mendapat keredhaan Allah swt.Amin.Wassalam.

Sedar Setelah Disedarkan!!

Perjalanan hidupku telah banyak mengajar aku mengenali siapa diriku...namum masih banyak yang perlu aku terokai untuk mengisi ruang yang masih kosong dan kontang!!Teguran demi teguran yang ku terima telah banyak menyedarkan aku betapa kerdilnya aku disisiNya..tidak dinafikan keupayaanku tidak setara dengan apa yang dianugerakan olehNya.NAMUN AKU Masih dahagakan santapan jiwa untuk aku menjadi seorang manusia yang diredhai Allah.."Ya Allah.. berilah petunjuk kepadaku agar aku masih mampu mendongak ke langit dan menadah tangan memohon keredhaanMu..sesunggunya Kaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Agung.."Amin. Buat teman dan saudaraku..luangkan sedikit masa untuk kita berbicara tentang kehidupan yang penuh godaan dan cabaran..agar kita mampu menyedarkan dan disedarkan!!!Namun yang nyata..tiada siapa yang layak menyedarkan sesiapa kecuali diri kita sendiri..Fikir dan Fikir !!!

Hala Tuju Kehidupan Seorang Insan.....

Salam kehidupan buat semua yang budiman...sesungguhnya kita diberi kenikmatan hidup yang berbeza-beza dengan latarbelakang yang berbeza.Justeru itu, kita diberi akal untuk memilih samada ingin mengorak langkah menuju kesejahteraan hidup yang sempurna mahupun sekadar berada ditokok lama yakni TIDAK MAHU BERUBAH!!marilah kita sama-sama renung sejenak apakah kita perlu berubah demi mencapai segala impian yang diinginkan..fikirlah..dan fikirlah....!!!!joint saya untuk kita ungkapkan apakah kata-kata sakti yang bisa mampu agar kita berubah dari jahat kepada baik...jahil kepada berilmu...dan sebagainya!!!Salam Pertemuan untuk semua.